
Portal Rasmi PTPTN
PTPTN - Kempen Save & Unbox PT Points
Kempen Save & Unbox PT Points Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited memperkukuhkan budaya kewangan dan amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi membantu masyarakat membuat perancangan awal untuk masa depan pendidikan. Seiring dengan perkembangan digital semasa, PTPTN terus memperkenalkan inisiatif yang lebih interaktif dan mudah diakses melalui penggunaan myPTPTN. Sejajar dengan usaha tersebut, PTPTN memperkenalkan Kempen Save & Unbox PT Points, iaitu kempen interaktif yang memberi peluang kepada pengguna myPTPTN mengumpul mata ganjaran PT Points melalui transaksi simpanan di Simpan SSPN serta penyertaan dalam permainan interaktif yang disediakan sepanjang tempoh kempen. Kempen ini terbuka kepada semua pengguna myPTPTN bermula 1 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 dan dilaksanakan berasaskan konsep “first come, first serve”. Pemberian mata ganjaran PT Points adalah tertakluk kepada baki peruntukan PT Points yang masih tersedia. Sekiranya peruntukan PT Points telah habis lebih awal, kempen ini boleh ditamatkan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan.
⏰ 13 days left
How to participate
- 1
Visit the campaign link to enter