Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!
- Get link
- X
- Other Apps
[Contest Period: 1 January - 31 March 2025]
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para peminjam sambil menggalakkan masyarakat memanfaatkan teknologi digital untuk menguruskan kewangan pendidikan mereka. Bersempena usaha ini, PTPTN dengan sukacitanya memperkenalkan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! yang berlangsung dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025.
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para peminjam yang menunjukkan komitmen dan dedikasi mereka dalam memenuhi tanggungjawab pembayaran balik pinjaman pendidikan. Pada masa yang sama, kempen ini juga menggalakkan lebih ramai peminjam untuk menggunakan myPTPTN, platform digital yang lebih mudah, cepat dan selamat.
Bagaimana Nak Sertai?
Kelayakan cabutan diberi sekali setiap bulan apabila peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman pendidikan minimum RM100 dalam satu transaksi.
Tawaran Hadiah Menarik
PTPTN menawarkan hadiah tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pinjaman peminjam seperti berikut:
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah! Bersama-sama manfaatkan teknologi untuk pengurusan kewangan pendidikan yang lebih baik. Muat turun myPTPTN hari ini untuk transaksi yang lebih mudah, cepat dan selamat.
Organizer: PTPTN
Period: 1 January - 31 March 2025
Link: https://www.ptptn.gov.my/kempen-myptptn-anytime-anywhere/
- Get link
- X
- Other Apps