[Contest Period: 16 March 2023 until 10 May 2023]
TERMA DAN SYARAT
Penganjur & Kelayakan
1. “Peraduan MyDebit Je & Menang!” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001018812 (521419-K)) (“Penganjur’’) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 200801035403 (836743-D)) (“Penaja Hadiah”).
2. Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM") MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan MyDebit di Malaysia. Pemegang kad ATM MyDebit tersebut mestilah berumur 18 tahun dan ke atas dan merupakan warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai dokumen/kad pengenalan diri yang sah semasa Tempoh Peraduan (“Peserta”).
3. Peserta juga mesti mempunyai akaun yang sah dengan mana-mana institusi kewangan yang aktif, tidak dorman dan dalam kedudukan kewangan yang baik, sepanjang Tempoh Peraduan sehingga selesai penebusan hadiah.
4. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan Pihak Penganjur dan Penaja Hadiah (termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya) serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau
- Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau agensi promosi Peraduan bagi Pihak Penganjur dan Penaja Hadiah (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya), dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri).
Tempoh Peraduan & Kriteria Kelayakan
1. Peraduan ini akan berlangsung dari 16 Mac 2023 sehingga 10 Mei 2023 jam 11:59 malam (Waktu Malaysia) (“Tempoh Peraduan”) dan mengikut Tempoh Peraduan Bulanan yang diagihkan dalam Tempoh Peraduan seperti yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan ditolak dan dianggap tidak sah.
2. Perhatian: Hanya penyertaan/resit transaksi yang menggunakan kad ATM MyDebit akan dikira sebagai penyertaan yang layak dan diserahkan mengikut Tempoh Peraduan Bulanan seperti dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan Bulanan adalah tidak sah dan akan dibatalkan. Sebagai contoh, slip transaksi bertarikh 16 Mac 2023 (Bulan 1 di dalam Tempoh Peraduan Bulanan) mestilah di hantar pada atau sebelum 15 April 2023. Slip transaksi tersebut tidak layak untuk penyertaan Tempoh Peraduan Bulanan yang seterusnya (“Tempoh Peraduan Bulanan”).
- Pemenang Hadiah Bulanan (“Tempoh Peraduan Bulanan”) Bulan 1: 16 Mac – 15 April 2023 Bulan 2: 16 April – 10 Mei 2023
- Pemenang Hadiah Bulanan (“Tempoh Peraduan Bulanan”)
- Bulan 1: 16 Mac – 15 April 2023
- Bulan 2: 16 April – 10 Mei 2023
⦁ Peraduan Hadiah Utama/Pertama (“Tempoh Peraduan Hadiah Utama”)
- Tempoh: 16 Mac – 10 Mei 2023
3. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Peraduan termasuk Tempoh Peraduan Bulanan atau Tempoh Peraduan.
4. Pembelian minima bernilai RM100 ke atas (di dalam satu resit/transaksi) di semua cawangan Lotus’s dengan menggunakan kad ATM MyDebit sebagai cara pembayaran, dibuat mengikut Tempoh Peraduan yang ditetapkan (dengan slip transaksi yang dicetak dengan jelas) akan layak untuk diambil kira sebagai penyertaan yang sah di dalam Peraduan ini (“Bukti Pembelian”). Peserta yang terpilih sebagai pemenang (“Pemenang”) adalah diwajibkan untuk mengemukakan Bukti Pembelian sebelum penebusan/penyerahan hadiah boleh disempurnakan. Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah yang dimenangi oleh Peserta tersebut.
5. Peserta perlu menghantar penyertaan mereka melalui aplikasi WhatsApp ATAU melalui aplikasi Whoop app (di muat turun melalui Play Store untuk Android / App Store untuk iOS) (“Mekanisme Peraduan”).
- Cara Penyertaan (1): Melalui aplikasi WhatsApp
- Setiap penyertaan yang lengkap dan layak hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
- Ambil gambar Bukti Pembelian:
- SIMPAN: BUKIT PEMBELIAN (asal):
- Hantar penyertaan anda melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 016 703 6588
- Peserta akan mendapat balasan mesej (notis privasi, maklumat peserta, soalan peraduan).
- Dengan menghantar penyertaan melalui WhatsApp, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju pada notis privasi yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat di sini.
- oPerhatian: Setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas yang sah (di dalam satu slip transaksi) akan diberikan SATU (1) nombor siri secara rawak bagi satu penyertaan (satu slip transaksi untuk satu pernyataan tidak kira berapa jumlah yang dibelanjakan). (Nota: nombor bersiri hanya untuk rujukan Pihak Penganjur sahaja dan ianya tidak akan didedahkan kepada Peserta).
- Cara Penyertaan (2): Melalui aplikasi Whoop app (di muat turun melalui Play Store untuk Android /App Store untuk iOS)
- Daftar di Whoop app (pendaftaran untuk kali pertama sahaja)
- Klik pada sepanduk Lotus’s “Peraduan MyDebit Je & Menang!”. Setiap penyertaan yang lengkap dan layak hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
- Ambil gambar Bukti Pembelian;
Jawab soalan Peraduan dan berikan maklumat yang diperlukan;
SIMPAN: BUKTI PEMBELIAN (asal);
- Peserta akan mendapat balasan penerimaan mesej Peraduan dengan serta merta.
- Dengan menghantar penyertaan melalui Whoop! app, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju pada notis privasi yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat di sini.
- Perhatian: Setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas yang sah (di dalam satu slip transaksi) akan diberikan SATU (1) nombor siri secara rawak bagi satu penyertaan (satu slip transaksi untuk satu pernyataan tidak kira berapa jumlah yang dibelanjakan). (Nota: nombor bersiri hanya untuk rujukan Pihak Penganjur sahaja dan ianya tidak akan didedahkan kepada Peserta).
6. Peserta boleh menghantar lebih daripada SATU (1) penyertaan. Setiap SATU (1) slip transaksi (dengan pembayaran RM100 dan ke atas menggunakan transaksi kad ATM MyDebit) layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan Peraduan akan dibatalkan jika slip transaksi yang sama digunakan lebih dari SATU (1) kali.
7. Setiap Peserta (jika dipilih sebagai Pemenang) hanya layak untuk memenangi SATU (1) Hadiah Bulanan dan/atau SATU (1) Hadiah Utama sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
8. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan hadiah yang sama nilai atas budi bicara tunggal dan mutlaknya. Pihak Penganjur, agensi, sekutunya, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana Hadiah, atau tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.
9. Peserta dikehendaki mengemukakan bukti pengenalan (kad pengenalan Malaysia) semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan Peserta/Pemenang. Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak adalah tidak sah, tidak layak dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.
10. Pemenang akan dipilih berdasarkan proses berikut.
- Pemilihan pemenang Peraduan Hadiah Bulanan: Pada akhir setiap Tempoh Peraduan hadiah Bulanan, Peserta yang layak akan disenarai pendek secara rawak mengikut Tempoh Peraduan Bulanan (sebagai contoh hanya penyertaan Bulan 1 layak dicabut dan memenangi pada Bulan 1 tersebut) oleh sistem pemilihan automatik berdasarkan jumlah penyertaan sah yang diperolehi dalam bulan tersebut di sepanjang Tempoh Peraduan ("Peserta Terpilih Bulanan”).
- Pemilihan Hadiah Utama: Pada akhir Tempoh Peraduan keseluruhan, semua penyertaan yang sah akan layak secara automatik memenangi Hadiah Utama di mana pemilihan pemenang akan mengikuti proses sama seperti pemilihan Hadiah Bulanan ("Peserta Terpilih Utama“).
Hadiah & Penebusan
⦁ Hadiah Peraduan Bulanan (jumlah keseluruhan 500 pemenang untuk keseluruhan Tempoh Peraduan):
a) E-baucar tunai Lotus’s bernilai RM300 setiap satu x250 pemenang setiap bulan
⦁ Hadiah Utama/Pertama (jumlah keseluruhan 7 hadiah untuk keseluruhan Tempoh Peraduan):
a) Hadiah Utama: Proton X50 1.5T Executive (tidak termasuk insurans / takaful, yuran pendaftaran dan cukai jalan) x2 pemenang
b) Hadiah Pertama: E-baucar tunai Lotus’s bernilai RM3000 setiap satu x5 pemenang
- Sejumlah lima ratus tujuh (507) hadiah untuk dimenangi.
- Segala imej gambar hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan Hadiah sebenar.
1. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal (jika berkaitan). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan ejennya tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti, kerugian and kerosakan yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir hadiah atau apa-apa keadaan yang tidak diduga di luar kawalan yang munasabah oleh Pihak Penganjur dan untuk apa-apa perbuatan atau keingkaran oleh mana-mana vendor atau pembekal pihak ketiga.
2. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada hadiah semasa proses penebusan.
3. Penganjur berhak untuk menangguhkan tarikh/menukar tempat bagi menuntut Hadiah yang telah ditentukan sebelum penebusan hadiah pada tarikh dan tempat yang lain sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang di luar jangkaan.
4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan terhadap segala kos pengangkutan yang berkaitan dengan penebusan dan/atau penyerahan hadiah. Apa-apa kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan sampingan atau caj yang dikenakan berkaitan dengan penebusan hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.
5. Penyempurnaan hadiah adalah bergantung kepada ketersediaan hadiah. Penganjur akan memaklumkan kepada Pemenang yang dipilih dari semasa ke semasa.
6. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung dengan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai Pemenang dan hadiah adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan daripada Peserta tidak akan dilayan.
7. Pihak Penganjur akan menghubungi Peserta yang Terpilih / Peserta Senarai Pendek melalui maklumat yang dibekalkan semasa proses penghantaran penyertaan.
8. Selepas tamat Tempoh Peraduan, sekiranya Peserta yang Terpilih / Peserta Senarai Pendek tidak dapat dihubungi selepas TIGA kali percubaan setiap hari selama tiga hari berturut-turut ((pada hari dan waktu bekerja, Isnin – Jumaat) atau gagal untuk menjawab soalan dengan tepat, Penganjur mempunyai hak melucutkan kelayakan Peserta yang Terpilih / Peserta Senarai Pendek dan Penganjur berhak untuk menghubungi Peserta yang dipilih daripada cabutan rawak yang seterusnya dan mengisytiharkan Peserta yang terpilih tersebut sebagai pemenang mengikut budi bicara mutlak Pihak Penganjur.
9. Semua Pemenang mesti menuntut Hadiah pada tarikh yang ditentukan Pihak Penganjur atau dalam tempoh DUA (2) bulan selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur (melalui SMS atau lain-lain bentuk komunikasi). Sekiranya Pemenang (Hadiah Bulanan/Hadiah Utama/Hadiah Pertama) gagal untuk menuntut Hadiah mereka atau menamakan seorang wakil dalam masa yang diperuntukkan, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah atau memberikan hadiah tersebut kepada Pemenang lain. Pemenang perlulah mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah untuk menebus/menerima hadiah mereka.
10. Sekiranya Pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil Pemenang hendaklah mengemukakan surat wakil kebenaran yang dikeluarkan oleh Pemenang bersertakan salinan dokumen pengenalan diri Pemenang dan juga dokumen pengenalan diri untuk wakil Pemenang yang sah.
Hak Pihak Penganjur
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar Peserta/Pemenang (jika ada) bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan apa jua tujuan lain di dalam apa jua saluran penerbitan, pengedaran atau paparan, tanpa sebarang notis terlebih dahulu atau bayaran pampasan kepada Pemenang/Peserta. Pemenang/ Peserta tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan hak milik atau lain-lain pampasan terhadap material tersebut.
2. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya.
3. Jika atas apa-apa sebab Peraduan ini tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, apa-apa tindakan kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau apa-apa sebab di luar kawalan, Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung Peraduan ini.
4. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan / atau penyertaan yang didapati atau disyaki menipu / menggodam / menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini.
5. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya.
6. Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, arahan dan kaedah Peraduan seperti yang terdapat di laman sesawang https://bit.ly/Lotuss-MyDebit-0323 atau sebaliknya, juga akan mengikat semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.
7. Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk peraduan ini, terma dan syarat yang terkandung di https://bit.ly/Lotuss-MyDebit-0323 akan diguna pakai. Jika terdapat sebarang percanggahan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Terma dan Syarat dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
8. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan untuk tujuan Peraduan.
9. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta yang berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau penerimaan Hadiah) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang/Peserta. Pihak Penganjur, sekutunya, ejen-ejen dilantik atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos/caj/yuran/perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan ini.
10. Pihak Penganjur, sekutunya dan/atau pihak ketiga yang dilantik tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, lewat disebabkan atau sebarang kesilapan teknikal.
Liabiliti dan Tanggungjawab
1. Peserta dan Pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam Peraduan ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya daripada sebarang tuntutan sama ada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan nyawa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
2. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Penganjur untuk tujuan Peraduan ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan ini, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi yang tersebut adalah dinafikan.
3. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan dan semua keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur.
4. Penganjur ingin memberi peringatan kepada Peserta untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya semasa menerima sebarang panggilan telefon atau mesej yang meminta maklumat peribadi anda semasa dan atau selepas Peraduan. Penganjur juga ingin menasihatkan Peserta kami untuk menghubungi Penganjur untuk pengesahan mengenai Peraduan ini.
Perlindungan Data
1. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada bank mereka untuk mendedahkan dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) yang telah ditutupkan dan butir-butir peribadi lain ("Data Peribadi") untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan/atau foto Peserta di laman sesawang Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
2. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta juga memberikan persetujuan dan kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk berkongsi atau mengumpul Data Peribadi mereka termasuk dengan pihak ketiga (jika diperlukan) tidak terhad kepada agen Pihak Penganjur atau mana-mana bank peserta MyDebit di Malaysia. Semua pihak ketiga tersebut dikehendaki secara kontrak, tidak menggunakan Data Peribadi Peserta selain daripada cara yang dinyatakan di sini.
3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:
a. Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur di alamat kontak yang dinyatakan di bawah yang disediakan Penganjur dengan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan Data Peribadi tersebut;
b. Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan
c. Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.
4. Sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi Peserta, sila rujuk laman sesawang Pihak Penganjur di https://bit.ly/Lotuss-MyDebit-0323 atau menghubungi talian pelanggan Penganjur di +603 7886 5886 dari Isnin – Jumaat, 9pg – 5ptg.
5. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan Data Peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemprosesan data daripada pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
6. Apa-apa perkara berkaitan Data Peribadi yang berhubung kait dengan Peraduan ini akan ditadbir dan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa undang-undang yang berkaitan di Malaysia.
TERMS AND CONDITIONS
Organiser & Qualifications
1. “MyDebit Je & Menang! Contest” (“Contest”) is organized by Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001018812 (521419-K)) (“The Organiser’) in collaboration with Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“PayNet”) (Company No.:200801035403 (836743-D)) (“Prize Sponsor’).
2. The Contest is open to (a) all MyDebit Automated Teller Machine [“ATM”] card members issued by a financial institution in Malaysia; (b) the individual and must be a permanent resident in Malaysia or a Malaysian citizen who has a valid identification document during the Contest Period [“Participant”]; (c) the Participant must be 18 years old and above and have a valid account with any financial institution in Malaysia; (d) and the account must not be dormant and must be active with a good financial standing during the Contest Period as well as up to the redemption of prizes.
3. Individuals listed below are not eligible to participate in this Contest:
- Employees of the Organiser and Prize Sponsor (including its associates, subsidiaries or related thereto) and their immediate family members (children, parents, siblings, including spouses); and/or
- Representatives, employees and/or the advertising agencies or promotional agencies of the Organiser and Prize Sponsor (including its associate and related companies), and their immediate family members (children, parents, siblings, spouses).
Contest Period & Entry Criteria
1. This Contest will commence from 16 March 2023 until 10 May 2023 at 11:59 PM (Malaysian Time) ("Contest Period") and segregated into Monthly periods as set out in these Terms and Conditions. Any entries received beyond the Contest Period will be rejected and deemed invalid.
2. A minimum purchase of RM100 and above at any of the Lotus’s outlets in a single receipt/transaction using MyDebit ATM card as the payment method, within the stipulated Monthly Periods (with a clearly printed transaction slip) will be eligible for a maximum of 1 (ONE) entry per receipt [“Proof of Purchase”).
3. The Participant may send more than ONE (1) entry. Each transaction slip can only be used once. Participants’ entries will be disqualified if the same transaction slip is used for more than ONE (1) entry.
4. Entries received beyond each stipulated Monthly Period will be deemed invalid and will be forfeited. For example, a transaction slip dated 16 March 2023 (Month 1 of the Monthly Prize Contest) must be submitted on or before 15 April 2023. The said transaction slip will no longer be valid for submission for the following months:
- Monthly Prizes (“Monthly Period”)
- Month 1: 16 March – 15 April 2023
- Month 2: 16 April – 10 May 2023
- Grand Prize (“Grand Prize Period”):
- Period: 16 March – 10 May 2023
5. The Organiser reserves the right to amend and/or, extend the duration of the Monthly Periods, the Contest Period as well as terminate the Contest.
6. Participant who has been selected as a winner (“Winner”) is required to submit their Proof of Purchase before the redemption/fulfillment of the prize can be completed. Failure to do so would result in the cancellation of the prize(s) won by the Participant.
7. The Proof of Purchase must be via of the methods stated below (How to Participate).
How to Participate
8. Participants can submit their entries via WhatsApp application OR via Whoop app (downloadable via Play Store for Android OR App Store for iOS) (“Contest Mechanism”).
- How to Participate (1): via WhatsApp
- Submit your entry via WhatsApp application to +6016 703 6588
- Each valid and complete entry must contain the following information:
i. A a photo of the Proof of Purchase;
- RETAIN: PROOF OF PURCHASE (original).
- Once submitted, participants will receive a reply message with information relating to privacy notice, contest question, participant’s info).
- By submitting entries via WhatsApp, the Participant is deemed to have read and agreed to the privacy notice set forth in these Terms and Conditions.
- Note: Each Proof of Purchase submitted will be given ONE (1) random serial number per entry (one entry per transaction slip regardless of the amount spent). (Note: serial number is for the Organiser reference/view only and will not be disclosed to the Participant).
- How to Participate (2): via Whoop app (downloadable via Play Store and App Store)
- Register in Whoop App (one-time registration).
- Click on the Lotus’s “MyDebit Je & Menang! Contest” contest banner and perform the following:
i. Take a photo of the Proof of Purchase;
ii. Answer the Contest question and provide the necessary info:
- RETAIN: PROOF OF PURCHASE (original).
- Once submitted, participants will receive an immediate acknowledgement.
- By submitting entries via Whoop! app, the Participant is deemed to have read and agreed to the privacy notice set forth in these Terms and Conditions.
- Note: Each Proof of Purchase submitted will be assigned ONE (1) random serial number per entry (one entry per transaction slip regardless of the amount spent). (Note: serial number is for the Organiser reference/view only and will not be disclosed to the Participant).
9. Participants are required to provide a valid identification document (Malaysian identification card) during or prior to prize redemption for the Winner verification process. Proof of Purchase which is faded, damaged, etc. will be deemed invalid and will be disqualified.
10. Winner will be selected based on the following process:
- Selection of Monthly prizes winners: At the end of each Monthly Period, the eligible Participant will be shortlisted by an automated selection system based on the number of valid entries eligible for that Monthly Period (for example Month 1 entries will be randomly selected among the Month 1 eligible entries for Month 1 winners) Winners that have won the Monthly prize in a given Monthly Period (e.g. Month 1) WILL NOT be eligible to win prizes in the subsequent Monthly period (e.g. Month 2).
- Selection of Grand Prize winners: At the end of the entire Contest Period, the eligible Participant will be shortlisted by an automated selection system based on the number of valid entries received during the entire contest period.
- Winners are only eligible to win ONE (1) Monthly Prize and/or ONE (1) Grand Prize during the Contest Period.
- After the end of Contest Period, in the event the winners cannot be contacted after three (3) attempts for three (3) consecutive days (during working hours, Monday to Friday), the Organiser reserves the right to disqualify the Winner’s eligibility and shall select the next qualified Participant as the Winner at the absolute discretion of the Organiser.
Contest Prizes & Redemption
- Monthly Prizes (total 500 winners for the entire Contest Period):
- RM300 Lotus’s e-voucher x 250 winners per month
- Grand Prize (total 7 prizes for the entire Contest Period):
- Grand Prize: Proton X50 1.5T Executive (not inclusive of insurance / takaful, registration fee and road tax) x 2 winners
- First Prize: RM3000 Lotus’s e-voucher x 5 winners
- A total of five hundred seven (507) Contest prizes to be won.
- Images of Contest prizes shown in any promotional materials, advertisements, publicities and other materials relating to this Contest are for illustrative purposes only and may not depict the actual prizes.
1. Prizes are subject to the terms and conditions set by the supplier (if applicable). To the extent permitted by law, the Organiser and its agents are not responsible for all liabilities, losses and damages arising from any deferment, cancellation, delay or changes to the prizes details or any unforeseen circumstances beyond the reasonable control of the Organiser and for any act or default by any vendor or third party supplier.
2. The Organiser shall not be liable for any loses or damages which occur during the prize redemption process.
3. The Organiser reserves the right to postpone the date and change the place/venue for prize redemption that has been determined to a later date or another place/venue in the event of any unforeseen circumstances.
4. The Organiser shall not be liable for any transportation costs in connection with the redemption and/or delivery of the prize. Any additional costs, duties, taxes and/or incidental expenses, costs, fees or charges imposed in respect of the prize collection are solely borne by the Winner.
5. The prize fulfillment will be subjected to the availability of these prizes. The Organiser will notify the winner from time to time.
6. All decisions made by the Organiser in connection with the Contest including but not limited to the selection of winners and the Contest Prizes are final, conclusive and binding. Any correspondences, inquiries, appeal or objection from the Participant shall not be entertained.
7. The winners will be contacted by the Organiser based on the contact information supplied during their submission process.
8. Winner must claim their Contest prizes on the specific date provided by the Organiser r within TWO (2) months of being notified by the Organiser (via SMS or any other communication channels). In the event the Winner (for Monthly Prize/Grand/First Prize) fails to claim their prize or nominate a representative within the stipulated time, the Organiser reserves the right to forfeit the prizes and award the prizes to another Winner. Winner must present a valid identification document to redeem/receive their prizes.
9. Winner that requires a representative to claim their prize on their behalf must ensure that their representative provide a letter of authorization issued by the Winner, a copy of the Winner’s valid identification document, and the representative’s valid identification document.
Rights of the Organiser
1. By participating in this Contest, the Participant give their consent to the Organiser to publish and use their names and images submitted by the Participant/Winner (if any) for advertising, marketing, publicity and/or any other purpose in any medium, without any prior notice nor compensation to the Participant/Winner. Participant/Winner shall not be entitled to claim ownership or other forms of compensation on the materials.
2. Prizes are not exchangeable for cash. The Organiser shall be entitled to replace the prizes with other prizes of the same value at its sole and absolute discretion. To the extent permitted by law, the Organiser, its agencies, affiliates, and sponsors and their representatives shall not be liable for any defects or misuse of the prizes, or to any claims, liabilities, losses or damages in connection with this Contest.
3. If for any reason this Contest is unable to proceed as planned for (and not limited) reasons such as computer virus, hacking, unauthorized intervention, fraud, technical failure, any act of government not limited to movement control order or any other reason beyond control, the Organiser reserves the right, in its sole discretion, to revoke, terminate, modify or suspend this Contest.
4. The Organiser at its sole discretion may remove and/or disqualify any Participant and/or entries if found or suspected of cheating/hacking/tampering with the Contest submission process, the operation of this Contest or in violation of any Terms and Conditions of the Contest.
5. The Organiser reserves the right to amend the Contest Terms and Conditions at any time.
6. In addition to these Terms and Conditions, any other order or rules of the Contest as stated at the website https://bit.ly/Lotuss-MyDebit-0323 or otherwise, shall also bind all Participants and their participation in this Contest.
7. In the event of any inconsistency between these Terms and Conditions and any terms contained in any promotional materials for this contest, the terms and conditions contained at https://bit.ly/Lotuss-MyDebit-0323 shall prevail. In the event there is inconsistency between the Malay and English language version of the Terms and Conditions, the English language version of the Terms and Conditions shall prevail.
8. By participating in the Contest, the Participant give their consent to the Organiser or any third party appointed by the Organizer to process the Participant's personal data for the purposes of this Contest.
9. Unless stated otherwise, all transportation cost, internet charges, personal costs and/or any and all other costs, fees and/or any and all kind of expenses incurred by the Participant in connection with this Contest (whether for the purpose of joining, participating in or receiving any benefit or prizes from the Contest) are at the sole responsibility of the Winner. To the extent permitted by law, the Organiser, its affiliates or authorized agents or representatives shall accept no liability or responsibility whatsoever for those costs/charges/fees/ expenses incurred by the Participant in connection with this Contest.
10. The Organiser, its affiliates and/or authorized third parties shall accept no liability or responsibility for entries lost, damaged, delayed due to computer, IT or any technical error.
Liability and Responsibility
1. Participants as well as Winners shall assume full liability and responsibility for any liability, unexpected event, injury, damage, claim or accident (including death) caused by their participation in this Contest and/or redemption and/or use of the Contest Prizes and agree to release the Organiser and its agencies from any claim whatsoever for any injury, accident, loss of life nor loss of economy and others.
2. To the fullest extent permitted by law, in no event the Organiser or any of its officer, employee, representative and / or agent (including, any third party agencies that deals with the Organiser for the purposes of this Contest) be liable for any loss or damage (including loss of income, profits or goodwill or indirect damages, incidental, consequential, exemplary, punitive or special damages of any party including third parties) howsoever arising whether in contract, tort, negligence or otherwise in connection with this Contest, although the Organiser has been advised of the possibility of such damages in advance, and all such damages are expressly excluded.
3. By participating in this Contest, the Participant agrees to comply with all the decisions made by the Organiser and agrees unconditionally to the Terms & Conditions of this Contest and all decisions made by the Organiser.
4. The Organiser would like to alert the Participant to take reasonable precautions when receiving any phone calls or messages requesting for your personal information(s) during and/or after the Contest. The Organiser would also like to advise our valued participants to contact the Organiser for verification regarding to the Contest.
Privacy Notice
1. By participating in this Contest, the Participant give their consent to and authorize to their respective bank to disclose to the Organiser , and authorize the Organiser to collect, store, use, process their names, masked Identification Numbers (IC) and other personal particulars (“Personal Data”) for the purpose of running the Contest, including but not limited to announcing and publishing Personal Data and/or photos of the Participant the Organiser’s website for advertising and publicity purposes.
2. By participating in the Contest, Participant consents and authorizes the Organiser to use a third-party service including but not limited to any MyDebit financial institution to process the Participant's Personal
Data. All such third parties are contractually obliged, not to use the Participant's Personal Data in any other than way that stated herein.
3. Under the laws of Malaysia, the rights of Participant includes:
a. The rights to withdraw consent for the use of Personal Data at any time by contacting the Organiser at the contact details mentioned below by providing the Organiser with the Participant’s name and email address for removal of the said Personal Data;
b. The rights to obtain a copy of the Personal Data which the Organiser hold; and
c. The rights to correct inaccurate Personal Data.
4. Participant may refer to the Organiser's website Terms and Conditions at https://bit.ly/Lotuss-MyDebit-0323. To call the Organiser's helpline line during working hours, 9am-5pm, Mon - Fri at +603 7886 5886 for any info pertaining to data protection or legal rights.
5. The Organiser will take reasonable precautions to keep Participant's Personal Data secure and requires third party processors to do the same. However, the Organiser may disclose the Participant's Personal Data if required by law, search warrant, subpoena, or court order.
6. Any matter to the Personal Data relating to this Contest shall be governed by and dealt with in the Personal Data Protection Act 2010 and any relevant laws in Malaysia.