MyDebit | Lotus's - Use your ATM card to win amazing prizes worth over RM300,000 🤩
[Contest Period: 1 Oct - 31 Dec 2022]
TERMA DAN SYARAT
Penganjur & Kelayakan
1. “MyDebit Je! With your ATM Card at Lotus’s & Win” [“Peraduan”] dianjurkan bersama oleh Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001018812 (5291419-K)) (“Lotus’s”) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 200801035403 (836743-D)) (“PayNet”) [kedua-dua pihak dirujuk sebagai “Penganjur”].
2. Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Mesin Pengeluaran Wang Automatik [“ATM”] MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan terlibat yang menawarkan khidmat MyDebit di Semenanjung Malaysia SAHAJA. Pemegang kad tersebut mestilah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang memegang kad pengenalan yang sah (NRIC) nombor (12-digit) dan mestilah berumur 18 tahun ke atas pada tempoh penyertaan [“Peserta”]. Peserta juga hendaklah mempunyai akaun sah dengan mana-mana institusi kewangan di Malaysia yang telah dinyatakan di atas dan akaun tersebut hendaklah aktif dengan kedudukan kewangan yang baik serta tidak dorman sepanjang tempoh Peraduan sehingga selesai penebusan hadiah.
3. Individu/entiti yang dinyatakan di bawah tidak dibenarkan untuk menyertai Peraduan ini:
- Pekerja Pihak Penganjur [termasuk rakan sekutu, anak syarikat atau yang berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa, pasangan, anak, adik-beradik dan suami isteri masing-masing); dan/atau
- Wakil, pekerja dan/atau ejen pengiklanan atau ejen promosi Pihak Penganjur [termasuk pihak dan syarikat berkaitan], dan ahli keluarga terdekat mereka [ibu bapa, pasangan, anak, adik-beradik dan suami isteri masing-masing].
Tempoh Peraduan & Kriteria Penyertaan
4. Peraduan ini akan bermula dari 1 Oktober 2022 (tarikh mula Peraduan), 12:01 AM sehingga 31 Disember 2022 (tarikh tamat Peraduan), pada 11:59 PM (Waktu Malaysia) ["Tempoh Peraduan"].
5. Sebarang penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan ditolak dan dianggap tidak sah. Peserta hendaklah menghantar penyertaan dengan resit pembelian dalam tempoh peraduan dan perlu mengikut jadual di bawah untuk layak menyertai cabutan bulanan:
- Tempoh Pertama Peraduan: Pembelian yang dibuat di antara 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2022. Tarikh penyertaan terakhir: 31 Oktober 2022, 11.59 PM (Waktu Malaysia).
- Tempoh Kedua Peraduan: Pembelian yang dibuat di antara 1 November sehingga 30 November 2022. Tarikh penyertaan terakhir: 30 November 2022, 11.59 PM (Waktu Malaysia).
- Tempoh Ketiga Peraduan: Pembelian yang dibuat di antara 1 Disember sehingga 31 Disember 2022. Tarikh penyertaan terakhir: 31 Disember 2022, 11.59 PM (Waktu Malaysia).
- Penyertaan tidak akan dibawa ke hadapan pada tempoh peraduan seterusnya.
6. Hanya pembayaran/transaksi yang dibuat menggunakan kad ATM MyDebit akan diterima untuk Peraduan ini.
7. Jika atas sebarang alasan Peraduan ini tidak mampu diteruskan seperti dirancang (dan tidak terhad) kerana alasan seperti virus komputer, penggodaman, pencerobohan, penipuan, kegagalan teknikal, sebarang tindakan kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau sebab lain yang di luar kawalan Penganjur, Pihak Penganjur berhak untuk menggugurkan, menangguhkan, mengubah suai, melanjutkan atau menamatkan Peraduan ini mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
Cara Penyertaan
8. Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta hendaklah:
Langkah 1: Buat pembelian minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana cawangan Lotus’s Malaysia menggunakan kad ATM MyDebit sebagai mod pembayaran yang dibuat dalam Tempoh Peraduan.
Langkah 2: Ambil gambar salinan resit transaksi yang asli (akan dianggap sebagai penyertaan yang sah) [“Bukti Pembelian”].
Sertakan gambar resit dan tandakan bahagian yang menunjukkan kad ATM Mydebit digunakan.
Langkah 3: Hantarkan penyertaan Peraduan anda ke
i. Nama penuh
ii. Nombor telefon
iii. Alamat emel
iv. Gambar Bukti Resit Pembelian
Contoh: Hantar “<MyDebit Je> Rashid Abdullah Amin 0121234567 rashid@mail.com”
ke 017-6010938 melalui WhatsApp.
9. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca dan setuju dengan notis privasi yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.
10. Setiap Bukti Pembelian hanya boleh digunakan sekali sepanjang Tempoh Peraduan. Penyertaan Peserta akan dibatalkan jika Bukti Pembelian didapati digunakan lebih dari SATU (1) kali. Jika lebih dari seorang Peserta didapati menggunakan Bukti Pembelian yang sama untuk menyertai peraduan ini, kedua-dua penyertaan Peserta tersebut akan dibatalkan serta-merta.
11. Peserta dibenarkan menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka suka. Setiap Peserta hanya layak memenangi SATU (1) Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Jika peserta pernah memenangi mana-mana hadiah utama daripada peraduan MyDebit Lotus’s dan PayNet terdahulu dalam tahun yang sama (2022), Peserta tidak layak untuk pemilihan pemenang hadiah utama.
12. Pendaftaran/penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan dari Peraduan.
13. Pihak Penganjur boleh menyingkirkan dan/atau membatalkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan jika didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyogok proses penyertaan Peraduan, pelaksanaan Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan mengikut budi bicara tunggal dan mutlak. Bagi mengelakkan kekeliruan, ia termasuklah situasi Peserta yang cuba menghantar penyertaan menggunakan nama yang berbeza atau melalui wakil untuk memintas had hadiah dalam syarat ke 11 di atas.
Pemilihan Pemenang
14. Setiap penyertaan sah yang ke-50 akan disenarai pendekkan untuk berpeluang memenangi Hadiah. [“Peserta Yang Terpilih”].
15. Pemenang Hadiah Bulanan: Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp selepas setiap tempoh peraduan bagi 3 bulan tersebut untuk menyertai kuiz bagi menentukan hadiah bulanan yang akan mereka menangi. Kuiz tersebut mempunyai 1 soalan.
Peserta yang disenarai pendek dengan jawapan paling tepat yang diterima oleh Penganjur melalui WhatsApp akan memenangi hadiah bulanan tersebut.
Peserta dalam senarai pendek yang tidak dapat dihubungi melalui WhatsApp dan/atau tidak menghantar jawapan kuiz ketika Sesi Kuiz akan dibatalkan daripada Peraduan.
16. Pemenang Hadiah Utama: Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp selepas setiap tempoh peraduan bagi 3 bulan tersebut untuk menyertai kuiz bagi menentukan hadiah utama yang akan mereka menangi. Kuiz tersebut mempunyai 1 soalan.
Peserta yang disenarai pendek dengan jawapan paling tepat yang diterima oleh Penganjur melalui WhatsApp akan memenangi hadiah utama tersebut.
Peserta dalam senarai pendek yang tidak dapat dihubungi melalui WhatsApp dalam tempoh 72 jam dan/atau tidak menghantar jawapan kuiz ketika Sesi Kuiz akan dibatalkan daripada Peraduan.
17. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, hanya Penyertaan yang dihantar dalam Tempoh Peraduan dan yang memenuhi kriteria ditetapkan dalam Terma dan Syarat layak memenangi salah SATU (1) daripada hadiah. Jika peserta pernah memenangi mana-mana hadiah utama daripada peraduan MyDebit Lotus’s dan PayNet terdahulu dalam tahun yang sama (2022), Peserta tidak layak untuk pemilihan pemenang hadiah utama.
18. Peserta Yang Terpilih akan dihubungi oleh Penganjur berdasarkan maklumat yang diberikan ketika proses penyertaan.
19. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berkaitan Peraduan ini, termasuk dan tidak terhad kepada, menyenarai pendek, pemilihan pemenang, hadiah dan pelucutan hadiah adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Pemilihan Pemenang tertakluk kepada kelayakan penyertaan dan kriteria yang ditetapkan mengikut budi bicara tunggal Penganjur.
Hadiah Utama (1 Oktober sehingga 31 Disember 2022)
Jenis | Hadiah | Bilangan Pemenang | Tempoh Peraduan |
Hadiah Utama | Perodua Myvi 1.3L G (Warna rawak bergantung kepada stok) (Tidak termasuk fi pendaftaran, cukai jalan dan insurans/takaful) | 3 | 1 Okt sehingga 31 Dis 2022 |
Hadiah Bulanan #1 (1 Oktober sehingga 31 Oktober 2022)
Jenis | Hadiah | Bilangan Pemenang | Tempoh Peraduan |
Hadiah Pertama | Peti Sejuk Pintu Bersebelahan dengan Hab Keluarga Samsung 660L | 2 | 1 Okt sehingga 31 Okt 2022 |
Hadiah Kedua | Samsung Galaxy Tab S8 128GB | 6 | 1 Okt sehingga 31 Okt 2022 |
Hadiah Ketiga | Projektor Pawagam Rumah Pintar LUMOS RAY | 6 | 1 Okt sehingga 31 Okt 2022 |
Hadiah Sagu Hati | eBaucar Lotus’s (RM200) | 90 | 1 Okt sehingga 31 Okt 2022 |
Hadiah Bulanan #2 (1 November sehingga 30 November 2022)
Jenis | Hadiah | Bilangan Pemenang | Tempoh Peraduan |
Hadiah Pertama | Peti Sejuk Pintu Bersebelahan dengan Hab Keluarga Samsung 660L | 2 | 1 Nov sehingga 30 Nov 2022 |
Hadiah Kedua | Samsung Galaxy Tab S8 128GB | 6 | 1 Nov sehingga 30 Nov 2022 |
Hadiah Ketiga | Projektor Pawagam Rumah Pintar LUMOS RAY | 6 | 1 Nov sehingga 30 Nov2022 |
Hadiah Sagu Hati | eBaucar Lotus’s (RM200) | 90 | 1 Nov sehingga 30 Nov2022 |
Hadiah Bulanan #3 (1 Disember sehingga 31 Disember 2022)
Jenis | Hadiah | Bilangan Pemenang | Tempoh Peraduan |
Hadiah Pertama | Peti Sejuk Pintu Bersebelahan dengan Hab Keluarga Samsung 660L | 2 | 1 Dis sehingga 31 Dis 2022 |
Hadiah Kedua | Samsung Galaxy Tab S8 128GB | 6 | 1 Dis sehingga 31 Dis 2022 |
Hadiah Ketiga | Projektor Pawagam Rumah Pintar LUMOS RAY | 6 | 1 Dis sehingga 31 Dis 2022 |
Hadiah Sagu Hati | eBaucar Lotus’s (RM200) | 90 | 1 Dis sehingga 31 Dis 2022 |
20. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan duit (jika ada). Penganjur berhak menggantikan hadiah dengan nilai yang sama mengikut budi bicara tunggal dan mutlak.
21. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur, agensi, ahli gabungan, penaja dan wakil tidak bertanggungjawab terhadap kekurangan atau salah guna hadiah, atau terhadap mana-mana tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang berkaitan Peraduan.
22. Peserta dikehendaki menyediakan dokumen pengenalan yang sah ketika atau sebelum penebusan hadiah. Ini bertujuan untuk mengesahkan identiti Peserta/Pemenang Peraduan. Bukti Pembelian yang pudar atau rosak akan dianggap tidak sah dan akan dibatalkan.
23. Gambar hadiah yang tertera dalam mana-mana bahan promosi, iklan, publisiti dan bahan lain berkaitan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi dan mungkin tidak menggambarkan hadiah sebenar.
24. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal (jika ada). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan agen-agen tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti yang timbul daripada mana-mana penangguhan, pembatalan, kelewatan, atau perubahan kepada perincian hadiah atau mana-mana keadaan tidak diduga yang di luar kawalan Penganjur dan mana-mana tindakan atau kegagalan oleh vendor atau pembekal pihak ketiga.
Penebusan Hadiah
Pemenang dikehendaki menebus Hadiah di Pejabat Penganjur. Berikut adalah butiran Pejabat Penebusan Hadiah:
IDOTYOU Sdn Bhd (Pejabat Agensi Penganjur)
Unit F2 & F3, Tingkat 1, Lot 7, Jalan 51A/243, Seksyen 51A, 46100, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Nombor Telefon: 017-6010938 (Isnin - Jumaat 8am hingga 4pm kecuali hari cuti umum)
Emel: mydebitje@lotuss.com
25. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kos pengangkutan berkaitan penebusan dan/atau penghantaran hadiah. Sebarang kos tambahan, duti, cukai, dan/atau perbelanjaan sampingan atau bayaran yang dikenakan terhadap hadiah adalah tanggungjawab mutlak Pemenang.
26. Pemenang perlu menuntut hadiah daripada Penganjur dalam tempoh masa dan tarikh yang ditetapkan oleh Penganjur (melalui emel dan/atau WhatsApp atau saluran komunikasi lain). Jika Pemenang gagal menuntut hadiah atau menghantar wakil dalam waktu yang ditetapkan, Penganjur berhak mengambil semula hadiah dan memberikannya kepada Pemenang lain. Pemenang perlu menunjukkan dokumen pengenalan yang sah untuk menuntut/menerima hadiah mereka.
27. Pemenang yang memerlukan wakil bagi pihak mereka perlu memastikan wakil mereka menyediakan surat kebenaran yang disahkan oleh Pemenang bersama-sama dengan salinan dokumen pengenalan diri Pemenang dan wakil yang sah.
28. Penganjur akan menghubungi pemenang hadiah utama untuk proses pengambilan hadiah. Pemenang hadiah utama perlu ke mana-mana cawangan Lotus's berhampiran dan mengambil gambar mereka bersama kereta yang dimenangi di hadapan Lotus's. Gambar tersebut hendaklah dihantar kepada Penganjur untuk kegunaan media dan akhbar.
29. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal (jika ada). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan agen-agen tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti yang timbul daripada mana-mana penangguhan, pembatalan, kelewatan, atau perubahan kepada perincian hadiah atau mana-mana keadaan tidak diduga yang di luar kawalan Penganjur dan mana-mana tindakan atau kegagalan oleh vendor atau pembekal pihak ketiga.
30. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku ketika proses penebusan/penghantaran hadiah. Sebarang kos tambahan (sebagai contoh: perbelanjaan perjalanan, bayaran penghantaran) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah perlu dibiayai sepenuhnya oleh Pemenang.
31. Penganjur berhak menunda tarikh dan tempat penebusan hadiah yng telah ditetapkan ke tarikh yang lain jika berlakunya sesuatu yang tidak diduga.
32. Penyampaian hadiah adalah tertakluk pada ketersediaan hadiah dan Penganjur akan memaklumkan Pemenang dari semasa ke semasa.
33. Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama dengan budi bicara mutlaknya.
34. Keputusan yang dibuat oleh Penganjur berkaitan Peraduan termasuk tapi tidak terhad kepada pemilihan Pemenang dan hadiah adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.
Hak-Hak Penganjur
36. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan Penganjur menggunakan mana-mana gambar dan/atau bahan-bahan lain yang diterima sepanjang Peraduan (termasuk nama Peserta, alamat emel, nombor telefon, gambar dan lain-lain) untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, dan komunikasi tanpa pampasan terhadap Peserta, pengganti atau penerima serah hak, atau mana-mana entiti lain.
37. Penganjur berhak meminda Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara tunggal dan mutlak dengan notis.
38. Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, sebarang arahan atau peraturan Peraduan yang terdapat di https://www.lotuss.com.my/en/mylotuss/privacy-policy akan terikat dengan semua Peserta dalam penyertaan mereka di dalam Peraduan ini.
42. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, bayaran internet, kos peribadi dan/atau kos-kos lain, yuran dan/atau sebarang perbelanjaan yang ditimbul oleh Peserta berkaitan Peraduan ini (sama ada tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau menerima faedah atau hadiah dari Penganjur) adalah di bawah tanggungjawab mutlak Peserta/Pemenang. Penganjur, ahli gabungan atau ejen berdaftar tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kos/ bayaran/ perbelanjaan tesrsebut.
43. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur, ahli gabungan atau pihak ketiga yang berdaftar tidak akan menerima kekurangan dalam penyertaan, termasuk tapi tidak terhad kepada kehilangan, kerosakan, kelewatan, atau sebarang kesilapan teknikal.
44. Penganjur ingin mengingatkan Peserta untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika menerima panggilan telefon atau mesej yang meminta butiran peribadi Peserta ketika dan/atau selepas Peraduan. Penganjur juga ingin menasihati Peserta yang dihargai untuk menghubungi Penganjur bagi mendapatkan pengesahan berkaitan Peraduan.
Liabiliti dan Tanggungjawab
45. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta dan Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang liabiliti yang timbul akibat kecuaian atau kegagalan dalam penyertaan Peraduan ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan hadiah, Peserta dan Pemenang bersetuju untuk melepaskan Penganjur dan agensi daripada sebarang tuntutan daripada liabiliti tersebut.
Notis Privasi
49. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama, nombor Kad Pengenalan (IC) yang ditutup dan maklumat peribadi lain [“Data Peribadi”] untuk tujuan Peraduan, termasuk tapi tidak terhad kepada mengumumkan dan menyiarkan Data Peribadi dan/atau gambar Peserta di laman sesawang Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
50. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan bank mereka untuk berkongsi dan mendedahkan Data Peribadi mereka kepada Penganjur untuk perkara berkaitan Peraduan termasuk dan tidak terhad kepada pemilihan Pemenang (jika ada).
51. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan Penganjur menggunakan khidmat pihak ketiga termasuk tapi tidak terhad kepada mana-mana institusi kewangan untuk memproses Data Peribadi Peserta. Semua pihak ketiga perlu secara kontrak, untuk tidak menggunakan Data Peribadi Peserta selain yang dinyatakan di sini.
52. Di bawah undang-undang Malaysia, hak-hak peserta meliputi:
Hak untuk menarik persetujuan bagi penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur melalui maklumat di bawah dengan memberikan nama Peserta dan alamat emel kepada Penganjur untuk penghapusan Data Peribadi yang disebut;
Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dipegang oleh Penganjur; dan
Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.
53. Peserta boleh merujuk kepada laman sesawang Penganjur di https://www.lotuss.com.my/en atau hubungi talian bantuan Penganjur di lotusshelpline@lotuss.com.my atau 1300131313 dari Isnin - Jumaat;, 9:00 AM – 6:00 PM untuk sebarang maklumat tentang perlindungan data dan hak undang-undang.
54. Penganjur akan mengambil tindakan berjaga-jaga bagi menyimpan Data Peribadi Peserta agar selamat, dan menghendaki pemproses dari pihak ketiga juga untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika diperlukan oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau arahan mahkamah.
55. Sebarang perkara Data Peribadi berkaitan Peraduan ini akan ditentukan dan ditadbir mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang lain di Malaysia.
TERMS AND CONDITIONS
Organizer & Qualifications
1. “MyDebit Je! With your ATM Card at Lotus’s & Win” [“Contest”] is jointly organized by Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Company No.: 200001018812 (5291419-K)) (“Lotus’s”) and Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Company No: 200801035403 (836743-D)) (“PayNet”) [both parties hereinafter referred to as “The Organizer”].
Employees of the Organizer [including its associates, subsidiaries or related thereto] and their immediate family members [children, parents, siblings, including spouses]; and/or
Representatives, employees and/or the advertising agencies or promotional agencies of the Organizer [including its associated and related companies], and their immediate family members [children, parents, siblings, spouses].
Contest Period & Entry Criteria
4.
5.
- First Contest Duration: Purchases made in between 1 October to 31 October 2022. Last entry submission date: 31 October 2022, 11.59 PM (Malaysian Time).
- Second Contest Duration: Purchases made in between 1 November to 30 November 2022. Last entry submission date: 30 November 2022, 11.59 PM (Malaysian Time).
- Third Contest Duration: Purchases made in between 1 December to 31 December 2022. Last entry submission date: 31 December 2022, 11.59 PM (Malaysian Time).
- Submission will not be carried forward to the subsequent contest period.
6.
7.
How to Participate
Step 1: Make a minimum purchase of RM100 in a single receipt at any Lotus’s Malaysia Stores using MyDebit ATM card as a mode of payment made within the Contest Period.
Take a snapshot of your original printed transaction receipt to be regarded as a valid entry [“Proof of Purchase’]).
Insert sample receipt picture and highlight which area indicates they have used MyDebit ATM card.
Submit your Contest entry with <MyDebit Je> followed by the following details to Lotus’s WhatsApp number (017-6010938):
i.
ii.
iii.
iv.
to 017-6010938 via WhatsApp.
10.
11.
12.
13.
Winners Selection
14.
The Shortlisted Participants with the most accurate answers received in the fastest time by the Organizer via WhatsApp during Quiz Time will win the monthly prizes.
Shortlisted Participants who are not contactable via WhatsApp and/or did not submit their quiz answers during Quiz Time will be disqualified from winning in this Contest.
16.
The Shortlisted Participants with the most accurate answers received in the fastest time by the Organizer via WhatsApp during Quiz Time will win the Grand Prizes.
Shortlisted Participants who are not contactable via WhatsApp within 72 hours and/or did not submit their quiz answers during Quiz Time will be disqualified from winning in this Contest.
17.
18.
19.
Prizes
Grand Prizes (1 October to 31 December 2022)
Type | Prize | Number of Winners | Contest Period |
Grand Prize | Perodua Myvi 1.3L G (Random color based on stock availability. Exclusive of registration fee, road tax & insurance/takaful) | 3 | 1 Oct to 31 Dec 2022 |
Monthly Prizes #1 (1 October to 31 October 2022)
Type | Prize | Number of Winners | Contest Period |
1st Prize | Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator | 2 | 1 Oct to 31 Oct 2022 |
2nd Prize | Samsung Galaxy Tab S8 128GB | 6 | 1 Oct to 31 Oct2022 |
3rd Prize | LUMOS RAY Smart Home Cinema Projector | 6 | 1 Oct to 31 Oct2022 |
Consolation Prize | Lotus’s eVouchers (RM200) | 90 | 1 Oct to 31 Oct2022 |
Monthly Prizes #2 (1 November to 30 November 2022)
Type | Prize | Number of Winners | Contest Period |
1st Prize | Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator | 2 | 1 Nov to 30 Nov 2022 |
2nd Prize | Samsung Galaxy Tab S8 128GB | 6 | 1 Nov to 30 Nov 2022 |
3rd Prize | LUMOS RAY Smart Home Cinema Projector | 6 | 1 Nov to 30 Nov2022 |
Consolation Prize | Lotus’s eVouchers (RM200) | 90 | 1 Nov to 30 Nov2022 |
Monthly Prizes #3 (1 December to 31 December 2022)
Type | Prize | Number of Winners | Contest Period |
1st Prize | Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator | 2 | 1 Dec to 31 Dec 2022 |
2nd Prize | Samsung Galaxy Tab S8 128GB | 6 | 1 Dec to 31 Dec 2022 |
3rd Prize | LUMOS RAY Smart Home Cinema Projector | 6 | 1 Dec to 31 Dec 2022 |
Consolation Prize | Lotus’s eVouchers (RM200) | 90 | 1 Dec to 31 Dec2022 |
20.
Prizes Redemption
Unit F2 & F3, 1st Floor, Lot 7, Jalan 51A/243, Seksyen 51A, 46100, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Contact Number: 017-6010938 (Mon-Fri 8am to 4pm excluding public holidays)
Email: mydebitje@lotuss.com
25.
34.
35.
36.
Liability and Responsibility
48.
Privacy Notice
50.
51.
The rights to withdraw consent for the use of Personal Data at any time by contacting the Organizer at the contact details mentioned below by providing the Organizer with the Participant’s name and email address for removal of the said Personal Data;
The rights to obtain a copy of the Personal Data which the Organizer hold; and
The rights to correct inaccurate Personal Data.
53.